Langkau ke kandungan utama
Faiz Fadhlee

Faiz Fadhlee

Civil Engineer

Bakat
Sungai PetaniAhli sejak 25 Mei 2026
Pengurus ProjekDocumenting Software
·

Sewa orang ini

Hantar tawaran kerja terus kepada calon ini

Pengurus ProjekDocumenting Software

Tentang

Saya seorang Jurutera Awam yang komited dalam perkembangan dan cabaran dalam industri pembinaan. Sepanjang pengalaman saya di tapak projek, saya banyak terlibat dalam pengurusan kerja tapak, penyelarasan subkontraktor, penyediaan dokumen teknikal serta memastikan kerja berjalan mengikut jadual dan kualiti yang ditetapkan. Saya seorang yang mudah bekerjasama dan sentiasa menyesuaikan analisis dalam mencari penyelesaian terbaik apabila berdepan masalah di tempat kerja.

Pengalaman

Sekarang saya bekerja sebagai Project Engineer di PLB Green Construction Sdn Bhd, mengurus projek warehouse dan office dari peringkat awal sehingga siap. Tugas saya termasuk memantau progres kerja tapak, berurusan dengan consultant dan subcontractor, menyemak shop drawing serta memastikan kerja mematuhi spesifikasi dan standard keselamatan. Saya juga terlibat dalam penyediaan laporan kerja, pemeriksaan kualiti dan penyelarasan kerja M&E serta struktur di tapak.

Sebelum ini, saya menjalani latihan industri di Greentech Construction Sdn Bhd, di mana saya mendapat pendedahan awal tentang pengurusan projek, pemeriksaan tapak, dokumentasi dan koordinasi bersama kontraktor utama dalam projek industri.

Pendidikan

Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) dari Universiti Malaysia Sabah. Sebelum itu, saya menamatkan Asasi Sains dan Teknologi di universiti yang sama. Sepanjang pengajian, saya mempelajari asas kejuruteraan awam termasuk reka bentuk struktur, pembinaan, pengurusan projek dan penggunaan perisian teknikal seperti AutoCAD, Civil 3D dan Tekla.

Kemahiran

Civil Engineer

Ulasan

Berkaitan