Internship HR
Hantar tawaran kerja terus kepada calon ini
Saya jujur kerana saya komited untuk memberitahu kebenaran tidak kira dalam apa jua keadaan. Saya adalah seorang yang sangat rajin dan teratur yang telah membangunkan sikap matang dan bertanggungjawab terhadap setiap tugas kerana saya benar-benar mengambil berat tentang kualiti kerja saya dan menghargai kepentingan pengurusan masa. Selain itu, saya juga mempunyai kemahiran komunikasi yang baik untuk berinteraksi dengan orang ramai.
Saya cemerlang dalam bekerja bersama orang lain untuk mencapai objektif tertentu bagi syarikat.
Internship HR - Celynda.co
(2023 - 2023)
Saya bertanggungjawab untuk melakukan pemfailan data dan memasukkan stok menggunakan Words dan Excel. Saya juga bertanggungjawab dalam penganjuran siaran langsung dan mempromosikan produk kepada penonton, Mengemaskini Laporan Jualan Bulanan & Perakaunan.
Internship HR - Jannahnoe Empire
(2023 - 2023)
Saya telah mengembangkan kemahiran saya sebagai Pelajar Sumber Manusia di Jannahnoe selama 6 bulan. Saya bertanggungjawab untuk melakukan pemfailan data menggunakan Words dan Excel. Saya juga bertanggungjawab dalam Mengira stok, Pengambilan pekerja, Merekrut, Mengemaskini Laporan Jualan Bulanan, Penggajian & Perakaunan.
Pengurus Penolong Jualan - Angsana Mall
(2023 - 2025)
Saya bertanggungjawab dalam menyambut dan berkomunikasi dengan pelanggan seperti memperkenalkan produk kepada pelanggan dan memberikan cadangan produk solek terbaik kami untuk menarik mereka membeli. Saya juga bertanggungjawab dalam mengemaskini jumlah jualan harian dan mengira stok setiap bulan.
Pembantu Klinik - Medicat Veterinar Taman Teratai
(2024 - 2025)
Memberikan perkhidmatan pelanggan kepada pesakit dan pengunjung dengan cara yang mesra dan profesional. Saya juga menjadualkan temujanji pesakit. Menjawab panggilan telefon secara berkala, membalas whatsapp pelanggan dan memproses pembayaran. Saya juga bertanggungjawab dalam mempromosikan produk kepada pelanggan.
Jabatan HR - Vs Company
(2025 - 2026)
Bertanggungjawab dalam mengatur calon untuk temu duga dan pengambilan pekerja. Mengemaskini polisi HR dan memastikan kakitangan dimaklumkan tentang perubahan. Saya juga bertanggungjawab dalam mengatur pengangkutan dan kerja lebih masa pekerja asing. Menyelenggara dan mengemaskini data peribadi dan rekod pekerja, memproses pengambilan baharu dan pemindahan. Menjawab pertanyaan asas pekerja mengenai cuti, masa rehat, cuti sakit dan tuntutan.
DIPLOMA - Sumber Manusia - KOLEJ YAYASAN PELAJARAN JOHOR (2022 - 2024)