PESARA TENTERA UDARA (FREELAND SITE SUPERVISOR & GCQP-TNB)
Talent
MuarMember since 2 Mei 2026
logistics
·
Hire this person
Send a job offer directly to this candidate
logistics
Tentang
Telah besara wajib dari Perkhidmatan Tentera Udara Di raja Malaysia, pada Ogos 2025, setelah 26 tahun berkhidmat.
Berumur 49 Tahun.
Sudah Berkahwin, dan mempunyai 2 cahayamata.
Menetap di Pos 3, Parit Punggur Tengah, Jln Temenggong Ahmad 84000 Muar Johor.
-
Pengalaman
Saya berumur 48 tahun dan kini bekerja sebagai Site Supervisor dan Grid Contractor Qualified Person (GCQP) secara freeland, mempunyai pengalaman lebih 28 tahun dalam bidang keselamatan merangkumi perkhidmatan ketenteraan serta operasi keselamatan komersial.
Merupakan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia selama 26 tahun dan berpengalaman melaksanakan tugas menjaga keselamatan kem tentera, perairan serta kawasan awam. Sepanjang perkhidmatan, saya juga telah dilantik sebagai Pegawai Penyiasat bagi Tentera Udara dan Angkatan Tentera Malaysia, terlibat dalam pengendalian kes jenayah dan penyalahgunaan dadah, penyediaan laporan siasatan serta bertindak sebagai penasihat dan tempat rujukan kepada pegawai dan anggota bawahan dalam hal kebajikan, urus tadbir dan disiplin.
Selain itu, saya mempunyai pengalaman selama 2 tahun sebagai anggota keselamatan di Jaya Jusco (AEON), di mana saya bertanggungjawab memastikan keselamatan keseluruhan pasar raya, harta benda kakitangan dan pelanggan, serta mencegah kecurian, pembaziran dan salah laku yang boleh menjejaskan operasi dan reputasi organisasi. Pengalaman ini memberi pendedahan langsung kepada pengendalian keselamatan dalam persekitaran awam dan perkhidmatan pelanggan.
Saya yakin gabungan disiplin ketenteraan, kemahiran serta pengalaman dalam aspek keselamatan serta penyeliaan dalam pentadbiran membolehkan saya menyumbang secara berkesan dalam menyelaraskan operasi di tapak mengikut kehendak organisasi, di samping memastikan keselamatan semua pihak.
Untuk makluman saya juga telah menghadiri Kursus GCQP, National Technical and Safety Leadership Programme (NTSLP -NIOSH) dan berdaftar dengan CIDB.
Pendidikan
Diploma Kejuruteraan Elektronik - 2008 (PSP Seberang Perai)